Monday, 25 April 2011

Promosi Sempena Hari Kecemerlangan Pelajar SMK Kota Marudu

  • SMK Kota Marudu telah mengadakan Hari Kecemerlangan Pelajar pada 21 April 2011 bersamaan hari Khamis yang lalu. Kelab Pengguna telah menjalankan satu aktiviti iaitu promosi sempena Hari Kecemerlangan Pelajar ini.
  • Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan Kelab Pengguna di samping memberitahu tentang hak-hak pengguna, bagaimana untuk mengenal pasti antara barangan tiruan dengan yang asli dan lain-lain kepada warga SMK Kota Marudu serta menjual cenderamata seperti penanda buku, gula-gula+coklat dan bunga. 
  • Kelab Pengguna juga telah membantu Sidang Redaksi Sekolah dengan menjual Intelek SMK Kota Marudu.
  • Promosi dimulakan pada jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.

 
"Singgah Sebentar, Kelab Pengguna & Redaksi Sekolah"


Penanda Buku & Bahan Pameran 

Sebahagian daripada gula-gula+coklat dan bunga

 
 Antara AJK dan ahli yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.

Amanda, Chelesta dan Jaizlyn merupakan ahli kelab yang sudi membantu.


Persediaan untuk promosi ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh AJK Kelab Pengguna termasuklah membeli dan membuat cenderamata. Manakala, guru penasihat iaitu Puan Wasnah dan Puan Bianih memberikan sedikit taklimat kepada AJK dan menambah serta memperbaiki mana-mana yang patut.
Thank you so much for all the efforts! ;)







Friday, 15 April 2011

Orientasi Kelab Pengguna bagi tahun 2011

  • Pada 1 Mac yang lalu, Kelab Pengguna SMK Kota Marudu telah mengadakan Orientasi bertempat di Dewan Makan sekolah.
  • Orientasi ini dimulakan pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 5:20 petang.
  • Banyak aktiviti menarik telah disediakan, seperti Fashion Show, Treasure Hunt, Kuiz Pengguna Bijak dan banyak lagi.






Antara para peserta yang berjaya menjawab soalan 'Kuiz Pengguna Bijak' bergambar bersama Cikgu Wasnah.


Cikgu Wasnah, selaku Ketua Guru Penasihat mengumumkan kumpulan yang menang.


Kumpulan 1, yang diketuai oleh adik Ratniah Johnny telah mendapat tempat ketiga.

Tempat kedua pula adalah Kumpulan 4 yang diketuai oleh adik Grace.

Johan adalah Kumpulan 3 yang diketuai oleh adik Andy.

-Hadiah telah disampaikan oleh Cikgu Jerena.-