Monday, 25 April 2011

Promosi Sempena Hari Kecemerlangan Pelajar SMK Kota Marudu

  • SMK Kota Marudu telah mengadakan Hari Kecemerlangan Pelajar pada 21 April 2011 bersamaan hari Khamis yang lalu. Kelab Pengguna telah menjalankan satu aktiviti iaitu promosi sempena Hari Kecemerlangan Pelajar ini.
  • Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan Kelab Pengguna di samping memberitahu tentang hak-hak pengguna, bagaimana untuk mengenal pasti antara barangan tiruan dengan yang asli dan lain-lain kepada warga SMK Kota Marudu serta menjual cenderamata seperti penanda buku, gula-gula+coklat dan bunga. 
  • Kelab Pengguna juga telah membantu Sidang Redaksi Sekolah dengan menjual Intelek SMK Kota Marudu.
  • Promosi dimulakan pada jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.

 
"Singgah Sebentar, Kelab Pengguna & Redaksi Sekolah"


Penanda Buku & Bahan Pameran 

Sebahagian daripada gula-gula+coklat dan bunga

 
 Antara AJK dan ahli yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.

Amanda, Chelesta dan Jaizlyn merupakan ahli kelab yang sudi membantu.


Persediaan untuk promosi ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh AJK Kelab Pengguna termasuklah membeli dan membuat cenderamata. Manakala, guru penasihat iaitu Puan Wasnah dan Puan Bianih memberikan sedikit taklimat kepada AJK dan menambah serta memperbaiki mana-mana yang patut.
Thank you so much for all the efforts! ;)







No comments:

Post a Comment